Sejukkan atmamu

aneka

Sunday, January 16, 2011

Wanita acuan Al – Quran



Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang beriman,

Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,

Yang sentiasa dahaga dengan pahala,

Yang solatnya adalah maruah dirinya,

Yang tidak pernah takut berkata benar.

Wanita acuan Al-Quran Yang menjaga tutur katanya,

Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimiikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

Yang sentiasa berbuat kebaikan,

Kerana sifatnya yang pelindung.

Wanita acuan Al-Quran Yang menghormati ibu bapanya,

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,

Yang bakal memelihara keharmonian rumah tangga,

Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta,

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat.

Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya,

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan contohi sifat Rasulullah SAW,

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.

Wanita acuan Al-Quran yang tidak pernah membazirkan maa,

Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca,

Yang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir,

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,

Kerana sehari lagi usianya penuh kematangan.

Wanita acuan Al-Quran yang sentiasa mengingati mati,

Yag baginya hidup dunia adalah ladang akhirat,

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Wanita acuan Al-Quran yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia,

Kerana dia mengimpikan syurga,

Disitulah rumah impiannya,

Bersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWT.

faza_rafiqa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment