Sejukkan atmamu

aneka

Wednesday, September 22, 2010

SAYA SUDAH BERTUNANG…


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Najihah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

ummi bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa jiha?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ummi akan usahakan dalam tempoh terdekat."

Ummi, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ummi angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Jiha, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ummi

"Usah berlebihan ya..."

ummi angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"jihah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, jiha diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ummi beberapa minggu kemudian...

"najihah bertunang dengan siapa, mak cik?"

ummi tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, najihah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la najiha selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu najiha mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Najihah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

p/s: diambil dari blog sahabat...

ambillah ibrah daripadanya~

Friday, September 10, 2010

~Jumaat Yang Indah~

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imamdan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karyaIslamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluarseperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amatdingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas danseraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah inimasanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketikahujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuacasebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepadaanaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredahhujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa punyang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikanrisalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" adapada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencarisiapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mulamengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentardan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambilkeputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit."Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amatsayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanyahendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang palingbertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imammemberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nakmenyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalahperempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan iniyang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untukpengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadisaya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadapanak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satulagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tibaloceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyilagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng inisetelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergike pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maafsaya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkanmakcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintudan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadihamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat inidan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikatkecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan beradaselama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknyayang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerahyang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yangsekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepadamakhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memeliharakamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!



Tuesday, September 7, 2010

Nota Buat Pejuang HPA

Salam….

Alhamdulillah…
Rasa diri ini terpanggil untuk semua ‘WARGA HPA’… Tetapi ianya buat masa ini di khususkan buat Ahli-Ahli HPA (Aktif atau Tidak)… Eh, kenapa yang Tidak aktif pun terlibat sama kan? hehe… Mesti lah… Kerana ingin membuatkan Ahli-Ahli yang tidak aktif ini, Menjadi lebih Aktif… So, Aktifkan Dirimu ^_^’
Strategi paling berkesan yang di gunakan HPA adalah menerusi Mulut ke Mulut… (Eh, jangan berfikiran kuning ya! haha)… Strategi ini bukan lah Mulut-Mulut Kosong.. Tetapi mulut-mulut yang di penuhi dengan ‘ILMU’… Dan saya menjamin, Antara pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya adalah mereka yang Ber‘ILMU’ ! Tapi awas! Sila bezakan Ilmu dengan Sijil! (mungkin bagi ‘orang’ lama di dalam HPA hanya berkelulusan SRP)… Tetapi, ILMU ini adalah Milik Allah, semua mampu perolehi… Yang penting dia NAK ILMU itu… (Allah juga yang akan beri)…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Seterusnya, Apakah anda pernah bertanya-tanya seperti ‘Mereka banyak duit, kereta besar-besar, boleh lah berjaya’… Saya jawab: Ya! Anda memang betul… Tapi ada sedikit kekurangan di atas kesimpulan anda… Jangan melihat seseorang itu KAYA dengan duit (Bonus) dan Kereta @ Rumah besar-besar… Orang yang KAYA adalah mereka yang MAMPU bersyukur dengan apa yang mereka ada dahulu… Dan yang paling penting, Apabila anda semakin KAYA, anda patut RISAU… Mungkin KAYA itu ujian buat anda…
Pernah dengar pesanan sebegini?: ‘Bila melihat di dalam isu dunia, Lihatlah orang yang paling rendah… Apabila hal akhirat, Lihat lah mereka yang paling tinggi…’ Kerana apa ya? Kerana semua orang MAMPU bersabar apa yang di timpanya, Tapi ramai yang JARANG bersyukur dengan apa yang ada…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Adakalanya bila tiba kelas mingguan HPA, ada yang berkata: ‘Siapa yang beri ucapan tu? HEBAT!… Kita memang selalu memberi penghargaan pada orang lain… Kerana apa? Kerena mereka ada yang kita tidak ada… Tapi bukan kah kita di lahirkan sama? Dan Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian? Kenapa kita tak beri penghargaan pada diri kita dahulu? Aku ni HEBAT juga… (Ops, hanya orang berfikiran kotor mengatakan ianya seperti memuji diri sendiri)… Aku di kira hebat juga kerana Sanggup DATANG KELAS! bukan sebab ada jamuan makan dan bukan kerana ada cabutan bertuah… Tapi kerana ILMU ! Jadi, anda memang HEBAT….
Anda sudah mendapat jawapan?

Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Atau anda selalu berkata, aku ni pangkat PLX jer.. Tak perlu lah GEMPUR lebih-lebih sangat… Dia tu, boleh lah.. Dah pangkat PJS… Boleh lah pergi sana-sini…
Apabila anda berkata begitu, Mudah nya ‘Syaitan’ melemahkan anda… Mungkin bukan anda seorang, tapi semua Ahli yang Belum @ Tak Nak aktif… Anda lupa akan ‘Peranan di dalam Pengurusan’… Sedarkah anda bahawa PJS-PJS yang di lantik HPA itu mempunyai Tanggungjawab? (Menggempur Pasaran ke Serata Malaysia)… Oleh kerana itu, HPA memberi PJS-PJS ini sedikit imbuhan (bonus tambahan)… Jika mereka GAGAL (sambil lewa) akan tanggungjawab mereka, mereka akan menanggung DOSA… Anda? Tiada tanggungan… Anda yang berpangkat biasa? Peranan anda hanya ‘AKTIF’ sahaja… (mengguna dan meyedarkan orang-orang sekeliling). Jika anda ingin kerja seperti PJS-PJS pula, bagaimana? Itu HAK anda untuk menyebarluaskan empayar perniagaan HPA dan Jaringan anda ! What you get is what you GIVE !
Apa yang telah saya kongsi kan ya?
1) ILMU sangat penting untuk Berjaya…
2) Orang yang KAYA adalah orang yang BERSYUKUR
3) Kita adalah SEBAIK-BAIK kejadian (Allah is always by your side)
4) Sedar akan PERANAN anda di dalam HPA sebagai apa…. (anda tentukan)
—> Akan bersambung ke Siri 2 ^_^’
Nota kaki:
PLX adalah singkatan Pengurus Melati (HPA akan memberi 20% keuntungannya untuk anda)
PJS adalah singkatan Pengarah Jati Setia (anda harus memperolehi pangkat PJ dahulu dan mendapat 35% serta HPA akan melantik anda sebagai PJS dan tambahan % untuk PJS adalah 6%)
Ahli Aktif adalah ahli yang setia menggunakan produk keluaran HPA…
*perkongsian ini hanya sebagai wadah motivasi buat mereka yang ‘give up’… Penulis bukan lah mewakili secara ‘TOTAL’ daripada Pihak HPA… Hanya sekadar pandangan…

p/s: nota ini adalah sebaran dari blog sahabat lain, moga bermanfaat ^_^

Monday, September 6, 2010

~pertolongan sekarang untuk sekarang dan masa depan~

Assalamualaikum sahabat-sahabatku,
Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,

Andai saya terlupakan Tuhan,

Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,

Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,

Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,

Di mana silapnya zahirku,

Jika aurat didedah, disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,

Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,

Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,

Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya,

Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,

Jiwa diserahkan segala-segala,

Dialah tumpuan.
Tolong ye ingatkan saya..

buat sahabat-sahabat yang dirindui,
janganlah kalian jemu menasihati diriku ini,
aku masih perlukan kalian,
walaupun kalian jauh dimata,
tetapi dihatiku kalian amat dekat sekali...

aku rindu.....
aku rindu bersama kalian...
rindukan perjuangan bersama kalian..

rindukan pengorbanan bersama kalian....
rindukan kesusahan bersama kalian...
kerana antara kita ada ikatan yang sukar dirungkai...
semuanya kerana DIA YANG ESA...

Saturday, September 4, 2010